PENULIS

New site -->  Klik sini.

Sharulizawati Shaari atau lebih dikenali sebagai Liza sensei adalah graduan program Dasar Pandang ke Timur atau lebih dikenali sebagai RPKJ (Rancangan Persediaan Khas ke Jepun) di Universiti Malaya dari tahun 1993-1995 sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Gunma, Jepun (1993-1999). 

Kembali ke tanahair, beliau ditawarkan untuk menjadi penterjemah bahasa di syarikat pemasangan kereta TOYOTA yang terletak di Shah Alam. 

Sebagai penterjemah bahasa, beliau bukan sahaja perlu berkhidmat di dalam syarikat tersebut, malah juga kerap dihantar ke Toyota Motor Corporation di Jepun untuk membantu komunikasi dua hala antara pihak di sana dengan rakan-rakan sekerja yang perlu melalui kursus kerja masing-masing.

Setelah 5 tahun bekerja, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti bekerja. Pengalaman bekerja dengan ramai orang Jepun dan keupayaan berkomunikasi dengan baik menyebabkan pihak syarikat memberi kepercayaan penuh kepada beliau untuk mengadakan dua kelas bahasa Jepun di situ.

Pada masa yang sama, pernah dijemput untuk menjadi penterjemah bahasa oleh syarikat-syarikat lain seperti  AISB,TBU, Perodua dan Matrade

Hingga ke hari ini beliau masih aktif sebagai guru bahasa Jepun kepada warga Shah Alam dan telah memulakan kelas bahasa jepun sejak 2012 , di bawah nama SAKURAKU Enterprise. Beliau juga pernah dijemput untuk mengajar di beberapa syarikat lain seperti Hicom Yamaha, UMW Toyota, Biforst Holdings Sdn Bhd, KL Airport Services ,TOYO CR Sdn Bhd, PDKM Sdn Bhd dan ramai juga orang perseorangan (Private class).

Sila klik KELAS di bahagian Topik untuk info lanjut berkaitan kelas. 




Idea untuk menulis buku ini ?

" Pengalaman mengajar kira-kira 70 orang pekerja bumiputera, setiap tahun, di TOYOTA benar-benar memberi banyak inspirasi dan motivasi untuk menerbitkan buku ini. Mereka adalah satu kumpulan baru yang diambil setiap tahun untuk menjadi tenaga kerja yang terlatih di bawah program perantis Toyota.  Dipilih berdasarkan keputusan SPM dan sijil kemahiran yang berkaitan. Tamat program, mereka akan diserap masuk ke bahagian pembuatan kereta sebagai Senior Operator  
  
        Hairan pada mulanya, kerana baru saya sedar ramai juga yang berminat untuk belajar bahasa Jepun, walhal mereka belum tentu akan terbang ke negara Matahari Terbit itu. Saya sendiri belajar bahasa Jepun adalah kerana satu kemestian untuk melanjutkan pelajaran di Jepun. Kalau main-main, tak ada harapanlah nak ke sana! For sure akan kena `tendang` keluar dari UM (Universiti Malaya).

        Jadi, dari rasa hairan itulah,ia menjadi satu perasaan untuk terus memahami pelajar saya dari sudut pemahaman dan penerimaan mereka terhadap bahasa jepun. Saya cuma ada 10 bulan untuk mengajar mereka. Kelas pula cuma sekali seminggu. Mana mungkin mereka boleh saya bawa ke tahap Intermediate atau Advance. Sekadar di peringkat Basic sahaja. 

            Melalui pengalaman inilah saya mendengar pelbagai soalan dan pandangan yang sentiasa memberi saya inspirasi untuk mula menulis sendiri buku belajar bahasa jepun yang lebih dekat kepada jiwa anak-anak muda ini.

       Meninjau sendiri buku-buku bahasa Jepun dalam pasaran, mengakses sebanyak mungkin pautan yang ada dalam dunia internet, tetapi tiada satu pun yang dapat saya ambil untuk dijadikan contoh terbaik untuk mereka sekiranya mereka ingin belajar sendiri di rumah.

     Sebab semuanya dalam bahasa inggeris dan sudah tentu menggunakan tulisan Hiragana, Katakana dan Kanji. Itulah kelemahannya. Sebagai orang baru dalam dunia b.jepun, ada jug laman web yg boleh buat kita `sesat` kerana pelbagai pautan yg tidak mengarah ke bahagian yang dikehendaki. 

      Maka, dari pengalaman itulah, ada rasa terpanggil untuk mengarang buku ini. Dari sudut peribadi, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat saya tinggalkan untuk dunia apabila tiba masa dipanggil pulang oleh yang empunya ilmu ini, Allah yang Maha Besar.

      Alhamdulillah dengan PertolonganNya juga, dapat saya sampaikan ilmu Allah ini sebaik mungkin menerusi media cetak iaitu buku-buku saya tersebut, Mari Belajar Bahasa Jepun Tahap 1 , Tahap 2 dan Tahap 3 .