Dapatkan buku " MARI BELAJAR BAHASA JEPUN " - Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 sekarang. Amat mudah untuk dibaca dan difahami kerana semuanya ditulis dalam BM tanpa tulisan Jepun (Hiragana,Katakana, kanji). Boleh juga join online class .
# Kenapa tak guna ejaan seperti 'desu' dalam buku ini ? Buku-buku lain banyak yang guna ejaan 'desu'.
Ejaan di dalam buku ini ditulis mengikut sebutan yang sebenarnya terhasil apabila anda mendengar orang jepun bercakap. Maksudnya, saya tidak menggunakan ejaan 'desu' kerana
orang jepun tidak menyebut 'desu' dalam percakapan mereka. Tetapi anda boleh dengar dengan jelas mereka menyebut 'des' sahaja. Huruf 'u' diabaikan.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan buku bahasa jepun ditulis ejaannya mengikut tulisan hiragana, iaitu salah satu tulisan jepun. Antaranya, terdapat satu huruf yang berbunyi 'su'. Jika anda menggunakan komputer versi bahasa jepun, anda kena tekan butang 's' dan butang 'u' untuk mengeluarkan satu huruf hiragana yang berbunyi 'su' (す).
Hakikatnya, ada perkataan-perkataan jepun yang tidak disebut mengikut ejaan-ejaan sebegini. Oleh itu, saya hanya mengeja setiap perkataan dalam buku ini, berdasarkan apa yang orang jepun sebut, bukan berdasarkan ejaannya dalam hiragana.
Selain dari `des`, perkataan `san` untuk nama orang juga sebenarnya disebut `sang` oleh orang Jepun. Oleh itu dalam buku ini saya ejakannya sebagai `sang`.
Sebab itulah dalam buku ini, saya sediakan [ BAHAGIAN 1- Pengenalan & Persediaan ] sebagai panduan awal sebelum anda terus memasuki [ BAHAGIAN 2 - Tatabahasa ] dan [ BAHAGIAN 3 - Latihan & Dialog ].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya sangat bersetuju pada penulis. Kita kena belajar menyebut bunyi yang lebih kurang 100% seperti sang (san), des (desu) wo (o)...
ReplyDeleteMemang ada bezanya belajar BJ tanpa mengetahui tulisan Jepun. Harap jelas kpd semua bahawa buku ini saya buat khas utk yang tidak mengetahui tulisan jepun.
ReplyDeleteSaya boleh baca dalam tulisan hiragana... Kalau dalam Katakana Saya faham sikit jer... Kalau kanji saya susah nak ingat tulisannya... Watashi wa suki nihongo desu... Eh, betul ke?
ReplyDeleteWatashi wa nihong go ga suki des.
ReplyDeletehaii,domou arigatou..
ReplyDelete