New look --> Klik sini.
Kembali ke tanahair, saya ditawarkan untuk menjadi penterjemah bahasa di syarikat pemasangan kereta TOYOTA yang terletak di Shah Alam. Sebagai penterjemah bahasa, saya bukan sahaja perlu berkhidmat di dalam syarikat tersebut,malah saya juga kerap dihantar ke Toyota Motor Corporation di Jepun untuk membantu komunikasi dua hala antara pihak di sana dengan rakan-rakan sekerja yang perlu melalui kursus masing-masing. Setelah 5 tahun bekerja, saya ambil keputusan untuk berhenti bekerja. Alhamdulillah, pengalaman bekerja dengan ramai orang Jepun dan keupayaan berkomunikasi dengan baik menyebabkan pihak syarikat memberi kepercayaan penuh kepada saya untuk mengadakan dua kelas bahasa Jepun di situ. Saya juga pernah dijemput untuk menjadi penterjemah bahasa oleh syarikat-syarikat lain seperti AISB,TBU, Perodua dan Matrade. Hingga ke hari ini saya masih aktif sebagai guru bahasa Jepun kepada warga Shah Alam dan telah memulakan kelas untuk belajar bahasa jepun sejak 2012. Kini saya bergerak di bawah nama SAKURAKU Enterprise. Saya juga pernah dijemput untuk mengajar di beberapa syarikat lain seperti Hicom Yamaha, UMW Toyota, Biforst Holdings Sdn Bhd, KL Airport Services dan ada juga orang perseorangan. Sila klik KELAS di bahagian Topik untuk info lanjut berkaitan kelas. |