BUKU


Mari Belajar Bahasa Jepun - Tahap 1 (Basic)
Mari Belajar Bahasa Jepun - Tahap 2 (Intermediate)
Mari Belajar Bahasa Jepun - Tahap 3 (Advance)             
New web --> Klik sini 


Penulis : Liza Sensei       
Saiz   :  6  x  9  inci     
Halaman: 178 mukasurat 






Jika anda mengalami masalah seperti di atas, memang wajar anda memiliki buku ini
 kerana buku ini disediakan  
  • dalam bahasa Malaysia sepenuhnya
  • tanpa tulisan-tulisan Jepun (Hiragana , Katakana dan Kanji)
  • bermula dari cara membina ayat pertama yang anda patut tahu 
  • berdasarkan pengalaman mengajar ramai pelajar yang membandingkan bahasa Jepun dan bahasa Malaysia untuk pemahaman yang lebih baik.
  • beserta tip-tip dan adab berbahasa di kalangan masyarakat Jepun.
  • dengan kaedah [ Perkataan – Tatabahasa – Contoh ayat – Latihan ]


 Keistimewaan buku-buku ini


Umumnya, memang ada banyak bahan rujukan (bahan cetak /internet) untuk belajar bahasa jepun. Cuma kebanyakannya ditulis dalam b.inggeris dan menggunakan tulisan jepun iaitu Hiragana, Katakana dan Kanji. 

Maka, anda perlu faham b.inggeris dan tahu/kenal tulisan-tulisan Jepun tersebut .




Berikut adalah contoh dari salah satu website kegemaran saya. 


                                  ..........................................................................................................


The two particles 「は」 and 「が」 may seem very similar only because it is impossible to translate them directly into English. For example, the two sentences below have the same English translation.*

Example 3

  1. 学生
    I (am) student.
  2. 学生
    I (am) student.
However, they only seem similar because English cannot express information about the context as succinctly as Japanese sometimes can. In the first sentence, since 「」 is the topic, the sentence means, "Speaking about me, I am a student".
                                ..........................................................................................................

Oleh itu, sekalipun anda faham b.inggeris tetapi tidak tahu tulisan jepun, sudah pasti 2 contoh ayat tadi anda tak boleh nak baca! Begitu jugalah dengan kandungan buku-buku bahasa jepun lain yang ada di pasaran .

Maka, buku ini adalah alternatif kepada anda yang ingin belajar bahasa jepun tanpa perlu mempelajari tulisan-tulisan jepun tersebut. Malah semua keterangan di dalam buku ini disampaikan dalam bahasa Malaysia, dengan harapan ia akan memudahkan lagi proses pembelajaran anda. 


Buku `Tahap  1`                                                   

 ' MARI BELAJAR BAHASA JEPUN  -  Tahap 1 '. 


Ini adalah tahap paling awal atau paling asas (Basic level) dalam pembelajaran bahasa Jepun. Anda didedahkan dahulu dengan cara membina ayat-ayat mudah. Bermula dengan hukum penggunaan pelbagai jenis `partikel` atau dalam BM kita panggil `kata sendi`.


                                  ..........................................................................................................

[Sebahagian daripada petikan dari buku ini mengenai `partikel` ]


Contoh partikel dalam bahasa Malaysia ialah `di , pada , ke, kepada, dari , dengan ` .

Hakikatnya, bahasa Jepun mempunyai lebih banyak partikel berbanding bahasa Malaysia. Oleh itu, ada antara partikel yang akan anda pelajari nanti tidak mempunyai maksud dalam bahasa Malaysia.


Contoh ayat :    En.Yamada makan nasi di restoran Ahmad.


Dalam ayat di atas, ada berapa partikel yang anda lihat ? Satu sahaja bukan? Iaitu `di` yang berfungsi untuk menunjukkan tempat. Tetapi dalam bahasa Jepun, ada 4 partikel diperlukan dalam ayat tersebut.


Dalam asas pembelajaran bahasa Jepun, anda akan belajar semua jenis partikel yang ada. Anda perlu mahir menggunakannya dalam setiap bentuk ayat yang hendak dibina. Jika tersilap, maksud ayat akan bertukar.


                                 ..........................................................................................................


Dengan partikel-partikel tersebut anda diajar untuk membina ayat. Maksudnya, ayat-ayat yang sangat mudah seperti :

   Saya pelajar  -- 2 perkataan sahaja
  
sehinggalah ke bab di mana anda diajar untuk menyambung 2 ayat mudah menjadi satu ayat  seperti:

   Saya pelajar tetapi tidak belajar di sekolah itu. 

Jadi, anda tak perlu risau dari mana patut bermulanya pelajaran bahasa jepun kerana ia sememangnya patut bermula dari perkara yang asas, seperti yang tersedia dalam buku ini. 

Buku `Tahap  2`                                                         


 ' MARI BELAJAR BAHASA JEPUN  -  Tahap 2 '

Ini adalah buku untuk tahap pertengahan (intermediate level), lanjutan dari buku Tahap 1. Setelah anda mahir membina ayat asas yang lengkap, buku Tahap 2 memberi panduan untuk :             
                                      

   a. membentuk ayat yang lebih panjang, dengan pelbagai  maksud.
   b. menukar ayat berbentuk rasmi kepada ayat berbentuk kasual/bahasa pasar.

Sebagai contoh:


Semalam emak pergi ke bandar.
Emak mahu membeli beg yang baru.             -- 2 ayat lengkap.

Digabungkan dengan perkataan `kerana` :

Semalam emak pergi ke bandar kerana dia mahu membeli beg yang baru. 

Kemudian ayat di atas ditukar menjadi bahasa pasar :

Semalam mak ke bandar sebab dia nak beli beg baru. 


 Jika anda pernah belajar asas bahasa Jepun sekalipun, sila lihat bahagian  KANDUNGAN  untuk memastikan bab-bab yang pernah anda pelajari dulu. Mungkin masih ada bahagian yang anda tidak pasti. Maka, buku-buku ini juga boleh dijadikan rujukan tambahan. 


Buku `Tahap  3`

  MARI BELAJAR BAHASA JEPUN  -  Tahap 3 

Ini adalah buku untuk tahap tinggi (advance level), lanjutan dari buku Tahap 2. Buku Tahap 3 membentangkan lebih banyak bentuk-bentuk ayat yang lebih kompleks, samada dalam bentuk formal mahupun  kasual.

     

       Contoh dari Tahap 2:
Semalam emak pergi ke bandar kerana
emak mahu membeli beg yang baru.          --- Ayat berbentuk fakta.

Fakta bertukar menjadi satu kemungkinan :

Saya rasa semalam emak pergi ke bandar kerana
dia mahu membeli beg yang baru. 

Kemudian ayat di atas ditukar menjadi bahasa pasar :

        Rasanya semalam mak ke bandar sebab dia nak beli beg baru.
 
Buku Tahap 3 juga mengandungi banyak bab yang sering menjadi kekeliruan ramai
kerana terdapat banyak hukum-hukum yang hampir sama, walhal maksudnya 
sangat berbeza.

Contoh:

Ame ga furi so-des.         Macam nak hujan.         
Ame ga furu so-des.         Khabarnya, hujan akan turun.