Saya nak ambil JLPT. Boleh join kelas ni?

 Kelas ini tidak tertumpu untuk JLPT. Kelas ini lebih fokus kepada sesiapa sahaja yang nak belajar bercakap. Tetapi, jika anda berminat untuk menduduki peperiksaan JLPT, anda masih boleh join kelas ini kerana silibusnya masih sama seperti silibus JLPT. 



Cuma kelas untuk tulisan Jepun akan dibuat berasingan kerana tak semua pelajar minat nak belajar tulisan. Liza Sensei juga tidak menggunakan tulisan Jepun dalam semua penerangan/contoh ayat . Semuanya guna huruf roman A,B,C....

Kelas/sesi untuk belajar tulisan pun tidaklah lama seperti penguasaan tatabahasa. Hanya perlu 4 kali kelas sahaja. Beruntunglah kepada yang nak belajar tulisan Jepun di zaman sekarang ini kerana ada banyak apps dan website berkaitan tulisan Jepun.  Tetapi tidak dinafikan anda juga perlu tahu serba sedikit panduan asas untuk mula belajar tulisan Jepun.

Oleh itu, dalam 4 kelas tersebut, Liza Sensei akan beri tunjuk ajar asas untuk kuasai tulisan Jepun. Mana nak mula, apa yang anda perlu tahu, apa yang anda boleh study sendiri...itulah antara panduan asas yang Liza Sensei akan maklumkan. Termasuklah juga macamana nak memahami maksud istilah istilah yg biasa tertera dalam internet bila nak belajar tulisan Jepun. 


No comments:

Post a Comment