Macamana nak belajar tulisan Jepun?

Tulisan jepun ada 3 jenis iaitu Hiragana, Katakana dan Kanji.

Turutan silibus :
 Belajar Hiragana dahulu.
 Kemudian Katakana.
 Akhir sekali baru belajar Kanji.
                       
     HIRAGANA --> KATAKANA  -->  KANJI

Fungsi tulisan:
 1. Hiragana -- untuk tulis perkataan yang asalnya dari orang Jepun.
     Contoh:  watashi (saya)  ... わたし
                    kuruma (kereta)  ...くるま
                           ki  (pokok)  ...き

2. Katakana --untuk perkataan dari luar negara Jepun.

    Contoh:  terebi (TV)  ... テレビ
                  ko-hi- (kopi)  ...コーヒー
          kamera  (kamera)  ...カメラ

 3. Kanji --tulisan cina kuno (memang tulisan cina)
 Contoh:  watashi (saya)  ... 私
                   kuruma (kereta)  ... 車
                        ki  (pokok)  ... 木

Umumnya, Kanji lebih susah berbanding Hiragana dan Katakana kerana setiap kanji mempunyai lebih dari satu bunyi/bacaan dan setiap bunyi ada syarat bila ianya perlu digunakan. Perkara ini terjadi kerana Kanji berasal dari China. Maka, bunyi dari China (On-yomi) dan bunyi dari Jepun (Kun-yomi) digunapakai untuk setiap Kanji.

 Contoh:      Kanji kereta ---  車   
                  Bunyi Kun-yomi  : kuruma
                  Bunyi On-yomi   :  sha

Jadi, jumlah bunyi/bacaan untuk kanji berbentuk 車 ada 2 , iaitu `kuruma` dan `sha`.

Semua sumber untuk belajar Kanji samada dari internet atau bahan bacaan (buku) akan memaparkan jumlah bunyi/bacaan bagi setiap kanji seperti contoh berikut.


                                 
Umumnya, On-yomi digunakan jika Kanji bertemu Kanji.
Manakala, Kun-yomi digunakan jika Kanji diapit oleh hiragana (partikel).

     これはです。.......diapit partikel は dan で.
 Kore wa kuruma des.

 これは電車です。......bersebelahan Kanji lain (電).
  Kore wa densha des.  (densha :電車 : keretapi)


Sumber :  Anda boleh belajar sendiri, secara percuma dari pelbagai website (internet) dan apps (smartphone) . Apps untuk belajar Hiragana dan Katakana biasanya percuma.
Untuk Kanji ada yang berbayar ,bergantung kepada jumlah/level kanji .

Contohnya, dari website https://www.mlcjapanese.co.jp/basic_kanji_120.html
Anda boleh download dan print sendiri senarai 120 Basic Kanji (untuk JLPT N5).Percuma.
Scroll down and click "Download main book all at once".

Selain itu, anda boleh cuba yang berikut. Ada bahan yang boleh anda download dan print juga.
https://www.uni-passau.de/fileadmin/dokumente/hsg/nippon/Skripte/kanjibookjlptn5.pdf

No comments:

Post a Comment