# Macamana nak mudah ingat perkataan (vocab) ?

Mengingati banyak perkataan (vocab) adalah suatu kemestian dalam menguasai bahasa asing. Pendek kata , ada kamus dalam otak. So, bila nak cakap, lancar je jadinya. Tapi, ini juga antara masalah utama bila kita nak belajar bahasa asing kerana setiap individu ada keupayaannya yang berbeza. Tak semua orang boleh ingat/hafal dalam sekelip mata.Tetapi sebenarnya
keupayaan itu boleh dipertingkatkan dengan beberapa kaedah yg boleh membantu proses mengingat kembali. Antaranya ,

1.selalu guna (Of course akan ingat!)
                  Tak semestinya kena cakap BJ terus.Boleh jadikan bahasa rojak. Contohnya, saya dan kawan-kawan saya dulu, memang tak gunakan perkataan `kamus` sebab dah biasa sebut `jisho` [jisho=kamus].

Jadi, kalau nak pinjam kamus, saya akan kata "Pinjam jap jisho kau". Rojaklah tu kan?!

2.guna kaedah sticker/label (lekatkan pada benda-benda kepunyaan anda)
                    Tak perlu tulis BM pada sticker tu. Memadai BJ sahaja.

3.permudahkan/ringkaskan yg perlu diingat.
ayah =  oto-sang
emak = oka-sang
kakak = one-sang
abang = oni-sang


 Itu adalah perkataan BJ yang biasa kita akan lihat.Oleh kerana semuanya bermula dgn `o` dan berakhir dgn `sang` ,maka sebenarnya yg perlu diingat ialah 
ayah =  to-
emak = ka-
kakak = ne-
abang = ni-


4.kaitkan dengan perkara lain (kaedah yg banyak saya guna.)
                 Lihat perkataan-perkataan berikut,
menulis = kakimas
minum = nomimas

Semua kata kerja dalam BJ memang berakhir dengan `mas`, jadi yang ini pun kalau diringkaskan, saya cuma perlu fokus pada 

menulis = kaki
minum = nomi
Jadi, saya akan fikirkan apa kaitan menulis dengan kaki ? Kita menulis dgn tangan bukan kaki.
Apa pula kaitan minum dengan nomi ? Walaupun ejaannya minum tapi kita sebut minom (Bahasa pasar). Pada saya sukukata `nom` itu sudah memadai utk mengingatkan saya kepada perkataan nomimas.


4 comments:

  1. Satu strategi untuk mengingat perkataan. Lepas ni boleh kaitkan dgn perkataan lain pula

    ReplyDelete
  2. Amalkan menulis 10 perkataan Dan menghafal setiap hari.pasti senang bina ayat. Shinjinakattara yatte Goran nasai.nihon go ammari muzukashi kunai tok omoimas

    ReplyDelete
  3. Amalkan menulis 10 perkataan Dan menghafal setiap hari.pasti senang bina ayat. Shinjinakattara yatte Goran nasai.nihon go ammari muzukashi kunai tok omoimas

    ReplyDelete