# Teringin nak cakap tapi sekali dia cakap balik, saya pulak jadi tak faham! Tak tahu nak cakap apa sebab memang tak faham dah masa tu!

Jangan panik! Bila hal tu berlaku, anda bolah kata .
              1. Sumimasen! Wakarimasen.
(Maaf ! Saya tak faham)
              2. Sumimasen! Nihonggo ga sukoshi wakarimas. (Maaf! Saya faham sikit b.Jepun)
              3. Sumimasen! Mada nihonggo o benkyo- cu- des.(Maaf! Saya masih belajar b.Jepun)

Orang jepun tu tak kan marahlah! Lagi bangga dan seronok adalah! Sebab ada juga rupanya orang asing yang nak belajar b.Jepun.They will respect you! Lebih-lebih lagi bagi orang Jepun yang berada di Malaysia, negara yang memang tak ramai orang boleh berbahasa Jepun.

Percayalah !Sekali anda menegur / bercakap dengan orang Jepun, rasa gementar (nervous) akan bertukar kepada `keyakinan` untuk terus berbahasa jepun.Kerana anda dah tahu macamana tindakbalas yang berlaku dari pengalaman pertama anda itu. 

Yang penting, jangan cepat berputus asa.Teruslah mencuba.

Malah, dari pengalaman sebegitu, bukankah ia akan memberi inspirasi untuk anda terus belajar berbahasa Jepun. Lagipun niat yang baik, kenapa pulak ada orang nak marah !
           



18 comments:

  1. Betul tu.saya pernah cakap dengan customer jepun.cakap wakarimashita aje pun.itupun dia dah sangat happy bila dengar.
    -ana-

    ReplyDelete
  2. Hihi..kelakar mase 1st wish ohaiyo dpn bos jepun..time2 kami mohon jgn die ckp ape2 sbb xnk jd kes blank situation..sbb dh mghafal..hihi. pgalaman jiko sokai dpn bos rase nk pengsan..aayat tunggaang langgang..tp org jepun xkn kritik..tp die akan tepuk tangan kuat2 tanda die respect!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Memang benar, org jepun tak kan kritik orang asing yg bercakap bahasa jepun walaupun ayatnya tunggang langgang.

    ReplyDelete
  4. Ape beze gomenasai n sumimasen eh sensei ? Due2 mksodnye maaf ke ?

    ReplyDelete
  5. Sumimasen! Henji ga osoi. (Maaf! Late reply)...........


    Persamaan : 1) Sumimasen = Gomenasai = Maaf (sebab rasa bersalah)
    2) Sumimasen = Gomen kudasai = Excuse me! (nak tarik perhatian)

    Perbezaan : Sumimasen --> Formal/lebih sopan
    Gomen/gomenasai ---> Kasual (sesama rakan/famili)


    Boleh juga rujuk Buku Tahap 1, m/surat 150.

    ReplyDelete
  6. saya pernah belajar bahasa jepun sebagai bahasa ketiga kat sekolah saya tahun 1998 - 1999 dulu. Tapi sayangnya, lepas visa cikgu saya dah tamat, die terpaksa kembali ke jepun. selepas itu, langsung xpraktis kecuali beberapa perkataan asas.

    Teringat masa saya kerja kat jusco midvalley tahun 2006. Saya hanyalah seorang pekerja bawahan je. Dahlah pekerja bawahan, kontrak plak tu. Rata2 kawan2 satu level termasuk saya hanya berkelulusan SPM je.

    Satu hari tu jusco dapat staf baru. store manager dan deputy's manager yang baru adalah orang jepun. Hanya kerana ucap ohayogozaimas je setiap pagi, manager tu selalu senyum dan tegur saya. Dengan kawan2 lain, manager senyum pun tidak.

    Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita pengalaman yg menarik. Arigato gozaimas.

      Delete
  7. Macm mane nk dpatkan bku liza sensei ade jual kt kdai bku tk??

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Buku `Mari Belajar Bahasa Jepun` Tahap 1 dan Tahap 2 ada dijual di kedai-kedai buku yang popular di Malaysia, tetapi bukanlah di semua cawangannya. Kalau tidak terdapat di kedai buku yg berdekatan, boleh hubungi saya utk urusan pembelian pada harga yang sama iaitu RM25/buku. Buku akan dipos Tanpa Kos Penghantaran..Lihat bahagian BELI

    ReplyDelete
  10. saya ni beginner budak baru belajar,hihi,seronok dapat belajar bahasa jepun

    ReplyDelete
  11. Saya dah beli buku ni. Tak berapa faham Apa beza nihonggo o hanasimasu dgn nihonggo ga hanashimasu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nihonggo o hanashimas : cakap bahasa jepun

      nihonggo ga hanasemas : boleh cakap bahasa jepun

      nihonggo ga hanashimas -->> pelik bentuk ni!!hmmm

      Delete
  12. Boleh sy nak tempah buku itu x.

    ReplyDelete
  13. Untuk urusan pembelian, boleh dapatkan info di www.bukubahasajepun.com. klik topik BELI. atau hubungi saya (SMS/Whatsapp) -- 012 6798100

    ReplyDelete